Monday 28 March 2011

dont simply make your own judgement

Ungkapan ‘Sikap mementingkan diri, tidak mengenang jasa dan budi, lupa diri, tidak sabar, tidak kasihankan orang lain dan macam-macam lagi’ diucapkan dengan mudah dan fasih.

Begitulah sikap kita bila melihat sesuatu yang dilakukan oleh orang lain. Cepat benar mentafsir. Sungguh hebat firasat mereka ini. Semua yang dilakukan oleh orang lain tidak betul. Sangka buruk menguasai diri mereka, padahal sikap ini ditegah dalam al-Quran.
 
Mengkritik orang lain memang mudah kerana bukan kita yang memikul beban yang dipikul olehnya. Kita tidak menyelami kekusutan yang dihadapinya. Kita tidak merasai keperitan yang dirasainya. Kita tidak merasai tekanan yang hadapinya. Kita hanya memandang, kita hanya melihat dengan pandangan zahir semata-mata lalu kita terus mentafsirkannya. Adilkah sikap sedemikian?

Kita tidak pernah memikirkan apakah perasaannya sekira dia mengetahui apa yang diperkatakan oleh orang lain di belakangnya. Mungkin dia berasa sangat kecewa, sedih, sakit hati dan terguris dengan sangkaan buruk tersebut. Mungkin ungkapan negatif itu sangat-sangat tidak menyenangkan hatinya.

Apa salahnya kalau kita bersangka baik dengan tindakannya. Kita tidak rugi malah akan mendapat ganjaran pahala kerana bersangka baik dengan saudara kita. Dia melakukan sesuatu atau membuat keputusan itu kerana kewajaran yang difikirkan olehnya dari segala sudut setelah difikirkan berulang-kali, setelah meminta petunjuk Rabbnya.

Kenapa tidak difikirkan secara matang dan berfikiran waras atau secara muhasabah diri. Cuba gambarkan sekiranya perkara tersebut terkena kepada diri kita. Adakah kita tidak akan melakukan keputusan yang sama sepertinya?. Belum pasti.

Semoga Allah memelihara lidah kita dari berkata-kata sesuatu yang dilarang oleh Allah SWT

hmmm sad morning

hidup ini tak seindah yang diharapkan..mudah seseorang itu membuat andai tanpa memikirkan org terdekat dengannya. marah ke..suka ke...semua tak diendahkan...berjanji mmg mudah tapi untuk mengotakan apa yang dijanjikan mmg sukar dan amat mudah untuk melupakan apa yang dijanjikan...

Friday 25 March 2011

just started

finally i find the place to share my tots n feels..
 lots of idea comin out soon..
atleast can ease my think tank..